...

Friday 8 March 2013

Jamuan Ukhwah Annur

Alhamdulillah,.. jamuan ukhwah annur berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebentar tadi baru sahaja selesai jamuan ukhwah sahabat-sahabat An-Nur. Usaha ini telah dijayakan oleh senior-senior an-Nur yang menjadi batu penggerak secara tidak langsung dalam menjayakan jamuan serba ringkas tapi sangat bermakna. 

Ucapan tidak terhingga kepada Fiza kerana kesungguhan beliau untuk membuat jamuan yang sangat bermakna. Walaupun banyak halangan dan kekangan yang berlaku tetapi berjaya juga majlis ini dilaksanakan. Terima kasih juga kepada Ummu, Syakila,Syuhada, Kak Hida, Norita, Nik, Raihan, Akhrima, Farhana, Azira, orang dapur yang bersungguh-sungguh masak Sup tomyam makaroni dan yang sama-sama menjayakan jamuan ukhwah anNur serta muslimin yang terlibat dalam menghabiskan semua makanan. 

 Saya menukilkan laporan jamuan ini di dalam blog supaya ia menjadi sejarah an-Nur dan kenangan ukhwah kita. Semoga usaha yang kecil ini akan memjadi satu titik permulaan buat adik2 junior utk meneruskan usaha senior-senior dalam memastikan ukhwah sahabat anNur kita sentiasa berkekalan dan anNur sentiasa bergerak aktif dalam meengimarahkan surau kita dan menyebarkan dakwah islam. 





6 comments:

  1. Terima kasih banyak ya wahai Muslimat yang baik hati sekalian...hehehe....tapi perlu ka ayat "muslimin yang terlibat dalam menghabiskan semua makanan. ".....mcm terkena lak...hahahaha....Jazakallah Khairan Kathira

    ReplyDelete
  2. Bab lagu lak....tau la ramai senior yang nak konvo dah pown...hahaha

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas nukilannya... Semoga Adik2 sentiasa mengimarahkan Surau dan pengisian dengan pelbagai program dalam mengukuhkan ukhwah dan dakwah....
    iNsya-Allah...tunjukkan contoh yang baik... itu juga dakwah... :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua..subhanallah sedapnye lagu.
    Alahai, menyerap sampai ke jiwa. =)

    ReplyDelete